DSL aka Damn Small Linux adalah satu OS linux yang kecil dan menarik. Ianya direka dengan hanya sebesar 50 MB. Projek yang asalnya hanya untuk melihat berapa banyak aplikasi yang boleh dimuatkan dalam satu biz card CD 50 MB telah menjadi satu projek yang disertai oleh ramai programmer.
Ianya boleh dimuatkan ke dalam CD, pendrive, hard disk dan berada di dalam window. Walaupun bersaiz kecil ia mempunyai banyak software sokongan yang membolehkan ia menjadi satu OS yang lengkap seperti OS yang besar
Ia boleh digunakan untuk melayari internet, mendengar muzik, movie dan disambungkan dengan printer, scanner dan pelbagai peralatan lagi. Ianya cukup untuk membuat kerja-kerja harian. Jika mahu lebih dari itu bolehla guna distro yang lebih besar.
Saya gunakan dsl ini setiap hari menggunakan pendrive, tak perlu guna XP , ianya mudah dan dibawa ke mana-mana dan paling saya suka selama dua tahun tak pernah kena virus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment